Thursday, January 20, 2011

Tuna Puff

Tuna Puff



Bahan-bahan ( 12 Puff )

2 keping Puff Pastry
1 tin Tuna (ketulan dlm minyak/air)
1 biji Bawang Besar (dicincang)
1/2 cawan Jagung (dlm tin atau frozen)
2 sudu besar Mayonnaise
Sedikit garam dan lada hitam
1 biji telur (dipukul dgn sedikit susu segar)



Cara-cara

Buangkan minyak/air dalam tin, tuangkan tuna ke dalam mangkuk besar.
Masukan bawang besar yang dicincang, jagung, mayonnaise, garam and lada hitam. Kacau hingga rata dan ketepikan.
Puff pastry dipotong dan dibahagikan 6 keping.
Isikan satu sudu besar tuna ke atas pastry. Lipatkan pastry dan tutup hujungnya degan garpu. Ulang sampai habis.
Sapukan puff degan telur. Bakar puff pada suhu 200C selama 20minit.







Curry Puff Layer

Kari Paf Lapis











Bahan-bahan ( 25-30 keping penerap saiz 10cm bulat )



PUFF PASTRY :-
450 g tepung gandum - diayak
60 g mentega
240 ml air sejuk - dr peti ais
1/2 sk garam
1/2 sk jus lemon
240 g pastry margarine

Bahan2 Inti :-
450 g daging cincang - dicuci dan tos
3 ulas bawang putih kisar
2 hiris halia kisar
4 sb rempah kari
2 labu bawang besar - didadu

garam secukup rasa
sedikit minyak masak - utk menumis

Cara-cara










Panaskan minyak dan tumis bawang putih,halia kisar dan masukkan daging cincang dan gaul rata.Masukkan rempah dan bawang besar dan masak hingga hampir kering dan masukkan garam secukup rasa.Masak lagi hingga kering dan sejukkan.



Dalam mangkuk pengadun,masukkan semua bahan kecuali marjerin pastri dan uli hingga doh tidak melekat pada mangkuk.





Canai doh hingga panjang dan melebar hingga lebih kurang 14x8 in persegi.Bubuh 1/3 bahagian pastry margarine di tengah doh.







Lipat bahagian kiri dan kanan doh menutupi pastry margarine tadi dan canai panjang dan lebar lagi seperti yg mula.Ulang lagi seperti cara2 step 3 hingga pastry margarine habis.
Untuk mendapatkan lapisan yg banyak pd karipap,ulang mencanai dan melipat doh lagi tanpa pastry margarine sebanyak 2-3 kali lagi.







Akhir sekali,canai doh lebar dan nipis dan terap dengan penerap pastry.







Isi inti dan sapu sedikit putih telur pd keliling doh dan lipat dua seperti karipap biase dan tekan kemas-kemas.







Buat hingga habis,susun atas loyang pembakar dan sapu kuning telur atas karipap.







Bakar hingga karipap kuning keemasan atau garing pd suhu 180C selama 20 min atau ikut kepanasan oven masing-masing.

Wednesday, January 19, 2011

Bubur Udang

BUBUR UDANG 



Bahan-bahan : 

Bahan A 

340gm beras ( atau 2 mangkuk sukatan rice cooker ) – dicuci bersih 
Air secukupnya hingga beras hancur 
3 cm halia 
3 ulas bawang putih 
1 batang ( 4cm ) kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang 
3 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga 
1 sudu kecil halba 
1 batang serai – dititik 
2 helai daun pandan – disimpul 

Bahan B 

200gm udang – dicuci bersih 
1 cawan santan pekat 
1 kiub pati ayam Maggi 
Garam dan serbuk perasa secukupnya 
1 labu bawang besar – dihiris nipis 

Bahan C 

Daun sup dan bawang goreng secukupnya 

- Campurkan semua Bahan A dan masak di atas api sederhana hingga beras hancur, tambah air bila perlu. 
- Masukkan bahan B, kecuali bawang. 
- Goreng bawang besar dengan sedikit minyak hingga layu dan berwarna keperangan, tuang di dalam periuk. Kacau rata dan biar mendidih. 
- Taburkan di atasnya daun sup dan bawang goreng semasa menghidang.

Sardine Puff


PAF SADIN 

KULIT PAF 


Bahan-bahan : 

Doh Paf Pastri secukupnya ( keluarkan dari peti sejuk dan rehatkan hingga ia kembali lembut ) 
Sedikit tepung gandum untuk ditaburkan ( doh paf pastri akan melekit sikit bila dikeluarkan dari peti sejuk ) 
1 biji Kuning Telur ( campurkan dengan 1 sudu susu cair dan sedikit pewarna kuning ) 

- Taburkan tepung, canai doh paf pastri setebal 1.5cm, terap dengan acuan bulat berukuran 5cm untuk lapisan bawah. Pindahkan perlahan-lahan ke dalam tray. 
- Terap pula acuan berukuran 4cm berbentuk cincin dan letakkan di atas lapisan pertama tadi. Tekan perlahan-lahan untuk melekatkan lapisan pertama dan kedua. Rehatkan 15-20 minit. 
- Sapu sekeliling paf dengan kuning telur. 
- Bakar pada suhu 200 darjah selama 30 minit. ( IKUT OVEN MASING-MASING ) 
- Sejukkan di atas jaringan. Isikan dengan inti dan hidangkan segera. 
Baki doh yang diterap hendaklah dilipat dan dicanai sebelum menerap semula, jangan kepal doh. 



INTI SADIN 

1 tin sadin ( besar ) – asingkan tulang dan buang sos 
2 labu bawang besar – dicincang 
2 tangkai cili merah – hiris nipis 
1 sudu kecil garam 
1 sudu kecil lada sulah 
5 biji limau kasturi – ambil jusnya 
2 sudu besar jus asam jawa 

- Hancurkan ikan sadin yang telah dibuang tulang. 
- Masukkan bahan-bahan lain dan gaul rata. 

TIPS : 

- Bila dikeluarkan dari peti sejuk, doh akan menjadi keras. Biar doh di dalam suhu bilik hingga lembut semula. 
- Jangan kepal doh, potong sebanyak mana doh yang diperlukan dan canai seperti langkah di atas. 
- Balut semula baki doh dengan plastic cling dan simpan di dalam bahagian dingin beku. 
- Doh Puff Pastry boleh tahan berbulan-bulan lamanya di bahagian dingin beku. 


Paf pastri

PAF PASTRI / PASTRY PUFF 

Resepi asal : Cik Mat Gebu

Bahan-bahan :

400gm tepung gandum
1 sudu kecil garam
50gm butter / majerin
220 ml air
300gm Pastry Margarine – potong nipis

1) Ayak tepung gandum, campurkan garam dan majerin, gaul rata.
2) Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh. Jika doh masih melekat di tangan, tambah sedikit tepung.
3) Tutup dengan plastik dan rehatkan 15 minit.

LANGKAH-LANGKAH MENCANAI DOH PAF PASTRI / PASTRY PUFF

1) Tabur sedikit tepung di atas papan pencanai dan canai doh hingga menjadi segiempat panjang dengan ketebalan lebih kurang 1.5cm.
2) Potong nipis Pastry Margarine dan atur hanya di separuh bahagian doh. ( gambar 1 )
3) Lipat doh menutupi Pastry Margarine dan tekan di sekelilingnya. ( gambar 2 )
4) Canai semula doh untuk ratakan Pastry Margarine di dalamnya hingga doh jadi setebal 1.5cm semula.
5) Lipat tiga doh dan rehatkan di dalam peti sejuk (BUKAN BAHAGIAN DINGIN BEKU) selama 15 minit. ( gambar 3 )
6) Selepas 15 minit, keluarkan doh dan canai semula. ( gambar 4 ) Ulangi langkah 4 & 5 sebanyak 3 kali.
7) Setelah selesai, lipat doh seperti bentuk buku ( gambar 5 ) , balutkan dengan “plastic cling” dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 5 jam sebelum digunakan.

Puff Pastry

Pastri Puff



Ingredients

750 g Tepung Roti
250g Tepung Kek
175 g Mentega
15 g Garam
626 g Air Sejuk

Bahan A.
1000g Mentega/ Butter
175 g Tepung Roti/ bread flour
Directions

Pukul mentega dengan tepung dalam mesin putaran ( mixer ) secara pelahan-lahan hingga serata.

Campurkan garam dengan air sejuk dan kacau hingga larut.

Kemudian masukan air garam dalam adunan tepung, mentega dan kacau hingga pelahan-lahan. Pastikan jangan terlebih kacau.

Keluar adunan tersebuat daripada mesin mixer dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.

Sementara itu pukul Bahan A mentega dengan tepung roti hingga sebati.

Keluarkan doh dalam peti sejuk dan rollkan senipis 1/2 inci kemudian lipat 2 dan roll lagi dengan mengunakan rolling pin.

Roll yang ketiga masukan Mentaga B dan roll lagi sebanyak 4 kali.

Kemudian masukan intinya .

Panaskan ketuhar pada suhu 170C dan bakar selama 15 - 20 minit bergantung pada saiz puff pastry.

Peringatan: Resipi ini agar rumit, perlu di tunjuk sendiri bagaimana cara nak roll oleh Pastry Chef yang pengalaman.

Resepi Krim Puff

Krim Puff


Pastry
250ml air
125g butter
150g tepung - diayak
¼ st garam
1 st gula
4 biji telur

1. Didihkan air dan butter hingga cair. Kemudian masukkan tepung yang diayak.

Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan.
2. Bila sejuk pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik. Bakar 25 minit dgn suhu 200C atau sehingga kekuningan.

Custard

500ml susu segar
100g gula
80g tepung custard
Hangatkan susu dan gula atas api sederhana. Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.

Penyediaan :
Belah tengah pastry (jangan putus), isikan custard.

Resepi Cream / Custard Puff

CREAM / CUSTARD PUFF

Bahan-Bahan :-

Bahan untuk pastry:-
150 gram Butter }
450 gram Air } Bahan A
300 gram Tepung gandum
7/8 biji Telur

Bahan untuk intinya:-
850 ml Susu segar }
200 gram Gula } Bahan A
100 gram Butter }

150 gram Tepung jagung }
2 biji Telur } Bahan B
150 ml Susu segar }

Cara Cara :-

Cara membuat pastry:-
1. Rebus bahan A 
2. Masukkan tepung 
3. Kacau sehingga ia benar-benar masak
4. Masukkan telur ke dalam adunan
5. Kacau sehingga tekstar adunan boleh dipicit keluar daripada piping

Cara membuat inti :-
1. Rebus bahan A
2. Kacau bahan B sehingga pekat
3. Masukkan isi durian seberapa banyak yang anda suka lalu sejukkan sehingga ia kental.
4. Setelah itu bolehlah diisi ke dalam kulit puff tadi.

Makanan Seimbang

MAKANAN SEIMBANG




Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :

i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga �dalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.

B. Makanan membina badan 
Protein ah�la makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.

Pemakanan seimbang

Pemakanan seimbang

Ia merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mempunyai karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam galian, dan serat dalam kadar yang betul. Ini dapat diperolehi dari buah, sayuran, daging, ikan, susu, bijiran dan lain-lain.


Nutrien

Karbohidrat
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.
Protein
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.
Lemak
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.
Galian
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.
Vitamin
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.
Serat
Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

MAKANAN SEIMBANG KURANGKAN RISIKO PENYAKIT BERBAHAYA


Makanan dan Pemakanan - Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya

Kanser (Barah)
Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.
Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)
Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.
Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.
Tekanan darah Tinggi
Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.
Osteoporosis
Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.
Spina Bifida
Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Kempen Pengguna Bijak

Kempen Pengguna Bijak

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ditubuhkan pada Oktober 1990 dengan matlamat untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika di samping melindungi kepentingan pengguna.

Bidang tanggungjawab KPDNHEP termasuk pengawalseliaan perdagangan dalam negeri, perlindungan hak-hak pengguna, perlindungan harta intelek, dan pendaftaran serta penyeliaan perniagaan.

Dalam menjalankan tanggungjawab ini, KPDNHEP menggubal dan mengkaji dasar berkaitan perdagangan dalam negeri, memantau harga barang-barang perlu dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan bagi mewujudkan suasana perdagangan dalam negeri yang sihat.

KPDNHEP juga bertanggungjawab menyelaras dasar; pelesenan, peraturan dan aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas.